Kamera Murah Tidak Semestinya Gambar Tidak Cantik

12:15 PM Hafiz Rahim 0 Comments

Percaya atau tidak, untuk menjadikan sesebuah gambar itu cantik dan nampak hidup tidak semestinya memerlukan peralatan yang canggih dan juga mahal.

Tetapi yang diperlukan adalah skill dan kreativiti seseorang supaya gambar tersebut menjadi sesuatu yang indah dipandang.

Meagan V.Blazier, seorang fotografer hartanah, merupakan seorang ibu tunggal dan juga artis, telah mencipta beberapa gambar yang unik serta menakjubkan.

Gambar-gambar tersebut diambil hanya dengan menggunakan sebuah kamera lama dan murah, yang mungkin telah dihentikan pengeluarannya oleh pihak syarikat, iaitu Canon Powershot SX40HS.

Katanya, "Untuk menjadikan sesuatu gambar itu menarik, bukan kamera penyebabnya. Tetapi adalah kerana orang yang disebalik kamera tersebut".

Saat mula-mula Meagan V.Blazier merakamkan gambar-gambar pemandangan adalah untuk mengabadikan kenangannya bersama anak. Tetapi beliau sedar akan cara ini dapat membantu beliau melegakan tekanan hidup sebagai seorang ibu tunggal dan akhirnya ia diteruskan sehingga hari ini dengan gaya gambarnya yang unik.



















Meagan telah menjual banyak cetakan kerja beliau, dan ada diantaranya juga telah dianugerahkan Pilihan Editor picks 500px dan dilesenkan untuk buku dan juga majalah.


Sumber rujukan: meaganvblazier.com