Tips Beli Rumah Sebelum Umur 30 Tahun

9:54 PM Hafiz Rahim 0 Comments


Belilah rumah sebelum umur 30 tahun.

Cabaran beli kediaman sebelum usia 30-an. Jangan merungut lagi kediaman mahal. Mari kita berusaha.
  1. Buat satu Tabung Rumah Impian
  2. Lebih hebat jika kita boleh buat potongan RM500 sebulan jika bujang
  3. Jika dah kahwin, suami RM250 dan isteri Rm250
  4. Supaya lebih disiplin dan konsisten isi borang arahan tetap simpanan Tabung Haji atau ASB
  5. Setahun kita telah ada RM6000 simpanan
  6. Setelah 3 tahun simpanan tersebut akan jadi Rm18,000 sahaja
  7. Jika kita ada bonus atau tutup Astro kita boleh tambah lagi RM2,000. Jumlah terkumpul RM20,000
  8. Ishh.. geramnya rasa macam nak beli kereta baru. (Jangan jadi dungu)
  9. Sasaran kita rumah yang harga RM150,000
  10. Rumah kecil dan sederhana saja, lebih baik dari menyewa
  11. Bayaran deposit sekitar Rm15,000 (10%). Baki yang ada bayar Lawyer, duti setem, jurunilai dan sebagainya
  12. Duit tak cukup, KWSP akaun 2 ada
  13. Amacam? Ada berani?
  14. Oh lupa, semak rumah subsale di www.mudah.my
  15. Jangan beli rumah dari pemaju, tengok harga dah berbulu
  16. Jika berilmu, deposit itu boleh dapat rendah dari jumlah itu.
Ilmu mesti ada. Baca buku cari ilmu. Mesti dapat rumah satu.

Wallahu A'llam

Lagi perkongsian menarik, boleh rujuk laman facebook Tuan Azizul Azli Ahmad, Sifu Hartanah.